Thursday, January 6, 2011

Hadiah untuk mak

wlupun blum posting lg mcm2 angan2 dh aku dok berangan...
nk beli itula,ini la,apa2 la dn segala-gala nya...haha
padahal gaji pon xda lagi...
tengah dok angan2 tu, aku ada jgk trlintas nk buat rumah kt mak...
sbbkan rumah yg ada skrg ni xelok sgt...kalau hujan ja tirih sna tirih sni...
kesian jgk kt mak kena asyik tahan besen ja stiap kali hujan...
ada skali tu smpy katil pn basah...waktu tu aku dok di kelantan..
Ya Allah,Kau saja yg taw perasaan aku time mak aku bgtaw tmpt tidoq dia basah...
mmg x tenang aku,ingt kesian sgt kt mak n anak sedara...
yala..rumah yg ada skrg ni hasil usaha arwah ayah yg buat...dia buat pon guna barang2 second hand ja...
barang2 yg org dh buang utk buat rumah sbb time tu kami susah sgt...bajet pon kena la save skit..
arwah ayah x mampu nk buat rumah yg elok sbb kami 5 beradik masih belajaq...
ingt waktu kecik2 mmg susah sgt...mgkin sama mcm org lain jgk...ada jgk sejarah hidup msing2...
sambung pasal crita td...
jadi...aku ingt bila kerja nti aku nk tmbh sikit duit aku dgn arwah ayah tinggal  utk buat rumah kt mak....
aku nk hadiahkan kt mak sbuah rumah yg selesa...
semoga Allah pnjgkn umuq aku dn bg kesempatan utk aku berbakti pd mak selagi mak aku ada...
insyaAllah kalau sempat aku nk hadiahkan rumah tu thun ni jgk..pada hari jadi mak 07/08/2011...:-)



Wednesday, January 5, 2011

Sikap orang Melayu nak bunuh anak sendiri…

Sikap orang Melayu nak bunuh anak sendiri…

Skrg ni aku dah ada tugas baru…hari2 p hantaq dan ambik anak menakan p sekolah menangah…masuk hari ni dh 3 hari aku jlnkan tangunggjawab sbg driver x bergaji…haha…nak dijadikan cerita spt tajuk diatas, masa ontaway p ambik anak menakan aku waktu blik skolah aku tengok kt jalanraya…perrrhhh…mcm mat rempit budak2 sekolah naik moto…dah la x pakai helmet…bawak moto laju mcm kambing  kena hambat dgn rimau…tak takut sungguh la budak2 ni…ada yang naik 3 orang 1 bijik moto…dahsyat2…sungguh berdisiplinnyaaaaaaaaaaa…..mcm mana boleh jadi macam ni kan?? Sapa yg sepatutnya bersalah…cikgu atau ibu bapa budak tu sendiri…aku rasa bapak budak tu sendiri la yg bersalah…dia tau beli moto ja..tapi tak pandai beli helmet kat anak dia…kalau xda lessen aku x kisah sgt sbb ni sekolah kt kampong ja…tapi bayangkan kalau budak tu mati accident bersepai otak tengah jalan…huh!! Sapa yg bersalah?? Cikgu lagi ka bersalah!! Rasa nk marah…haha…

1 lagi cerita….masa dok tunggu anak menakan aku keluaq…aku park la kreta bawah pokok sambil dok ambik angin kus2 dn angin kentut aku kluaq la sikit2…haha…tiba2 mai sbijik moto Honda EX5 benti lebih kurang 2 meter ngan aku…pakai lencana skolah lain…bukan lencana skolah anak sedara aku…xpala…aku tegur dia…
Aku: mai ambik adik ka??
Budak tu: …xla…ambik awek…
Alangkah terkejut aku!!...kanyaq lagi dh ada awek…aku tanya lagi..
Aku: awek  tingkatan brapa?
Budak tu: 5 jugak…

Pastu aku buat2 main msg…padahal aku dok tulis point dalam note henset aku utk upload dlm blog aku ni…hobby baru la katakan…dok x smpai 2 minit mai la awek dia dgn berpakaian kain singkat….ala2 ranggi gitu…tali kasut belit kt kaki...boleh tahan  la rupa budak tu…xcun sgt...dalam hati aku dok kata syg sungguh la…awek muda2 mcm ni mesti lekat kt jantan perosak…habih masa depan…baru sekolah  men dah pandai ada kapel…padahal lnsung xnampak masa depan lagi…taik idung pon ok melekat lagi…tu la sikap anak muda sekarang…ada lectrur penah kata dalam kelas..”kalau nk tengok masa depan sesuatu Negara tgklah remajanya”…kalau remaja mcm yg aku cerita ni…bayangla sendiri…itu baru aku nampak ngan mata kepala aku…yg lain2 xtaw la…Allah ja taw…

Jadi…pengajaran yg bg aku ialah mmg betoi la sikap orang Melayu nak bunuh anak sendiri…come on la mak bapak yg sayangkan anak…p la hantaq anak ke sekolah…luangkan lah masa kerja dan masa kosong skejap…tunggu anak masuk gate skolah n tgk anak keluar gate skolah…jangan terlalu manjakan anak…kalau anak mintak moto x payah la bagi…kamu hanya akan membunuh anak sendiri kalau bg moto kat anak2…dh la naik moto xda lesen,topi pon xpakai…jangan harapkan segalanya pada cikgu!!…tugas cikgu ni dalam pintu pagar sekolah ja…diluar bukan dh tugas cikgu…aku kesian anak melayu semakin lama semakin rosak…


Thnx sbb sudi membaca…

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?

Pertama kali nak belajaq menulis kat blog...haha...tulisan dari seorang yang tak pandai berkarya...
Bukan apa...teringin nk tulis2 sebab syok tengok kawan2 menulis...harap ini hobi terbaru aku...
untuk permulaan...mari kita renung 1 kisah yg paling best aku penah baca...sama2 kongsi ilmu...sbb org putih kata "sharing is caring"...haha...


Suatu hari sorg guru bertanya kepada murid-muridnya.

Guru: Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu guru tu katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat?

Mereka : (terdiam)

Guru tu tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

Tambah guru itu : Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Guru tu kata lagi : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Guru tu berkata: Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah. Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?